Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran menuduh Amerika Syarikat cuba meningkatkan ketegangan di Timur Tengah apabila Washington mendakwa kerajaan Syria sedang bersiap-sedia untuk melancarkan serangan kimia.
Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif membuat kenyataan tersebut di dalam laman sosialnya pada hari Selasa. "Satu lagi percubaan untuk meningkatkan ketegangan oleh Amerika Syarikat yang dibuat berasaskan alasan palsu dan akan hanya membantu Daesh pada saat mereka benar-benar sedang dihapuskan oleh warga Iraq dan Syria," katanya.
Jurucakap Rumah Putih, Sean Spicer pada hari Isnin mendakwa bahawa A.S telah mengumpul maklumat yang menunjukkan bahawa kerajaan Damsyik sedang bersiap-sedia untuk melancarkan serangan kimia.
Dia menambah dengan mengatakan bahawa kerajaan Syria di bawah pimpinan Presiden Bashar Assad akan "membayar harga yang tinggi" jikalau mereka meneruskan rancangan tersebut.
Pentagon mendakwa bahawa mereka telah melihat beberapa aktiviti yang berkaitan dengan senjata kimia di pangkalan udara Shayrat yang terletak di wilayah Homs. Pangkalan tersebut pernah dibom oleh A.S dengan peluru berpandu Tommahawk pada bulan April lepas.
Dakwaan Washington itu dibuat ketika tentera Iraq dan Syria sedang meneruska kemaraan mereka di dalam kempen memerangi kumpulan pengganas Takfiri Daesh. -ABNA24
/315
27 Jun 2017 - 23:40
News ID: 839176
Iran menuduh Amerika Syarikat cuba meningkatkan ketegangan di Timur Tengah apabila Washington mendakwa kerajaan Syria sedang bersiap-sedia untuk melancarkan serangan kimia.